Sunday, June 8, 2008

Asal Penyakit dan Perubatan

Bismillahirahmanirahim.

Sejak pasangan manusia pertama di turunkan ke muka bumi ini, ia itu datok nenek kita Nabi Adam dan isteri nya Hawa, sebagai khalifah untuk mentadbir & memakmurkan bumi ini. Mereka dan waris keturunan mereka merupakan suatu makhluk baru yang di panggil manusia. Untuk itu segala kejadian di bumi ini di jadikankan untuk mereka mengambil menafaat seperti makanan, pakaian, tempat tinggal juga sebagai ubat ubatan.

Apabila mereka terserang dengan penyakit atau rasa sakit, mereka akan berusaha untuk mencari penawar atau ubat nya. Ubatan ini ada yang datang nya dalam bentuk ilham atau wahyu bagi golongan orang saleh, dan ada juga yang terhasil dari hasil pengalaman dan pengamatan akan alam sekeliling.

Setelah keturunan manusia ini berkembang biak dan bertebaran di muka bumi, mereka akan menggunakan segala cara yang termampu dari alam sekeliling mereka untuk menghilangkan rasa sakit, juga penawar bagi penyakit. Sesuai dengan alam sekeliling dan cara hidup yang semakin kompleks, maka penyakit pun semakin kompleks dan semakin kompleks lah ubatan yang diperlukan. Dari asal nya ubatan yang simple, telah bertukar menjadi kompleks kerana perlu penyesuaian dengan cara hidup dan persekitaran yang berbeza, di tempat yang beriklim sejuk tentu lain penyakit nya dari tempat beriklim panas, dan lain pula ubat yang diperlukan.
Penyakit malaria yang di takuti di kawasan tropika, tidak terjadi di negara beriklim dingin, dan penyakit selsema yang di anggap biasa di kawasan tropika, menjadi penyakit yang di takuti di negara yang beriklim dingin.

Friday, June 6, 2008

Selamat Datang

Assalamualaikum W.R.T & Salam sejahtera

Segala puji bagi Allah pencipta dan pengatur sekalian alam, Tiada sekutu bagi Nya.
Selawat & salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Penutup segala nabi.
Doa sejahtera keatas keluarga & para sahabat baginda, juga kepada sekalian pengikut nya sehingga ke hari kemudian.

Ada pun kemudian daripada itu, Saya mengalu alu kan kedatangan tuan puan ke blog saya, Selamat Datang serta terima kasih saya ucapkan, Jazakallahukhairan kashira.

Tujuan blog saya ini ada lah untuk menggali & mengetengahkan Perubatan Tradisional Melayu (Traditional Malay Medicine) agar dapat berdiri sama tinggi, berjalan sama lenggang dengan perubatan Tradisi bangsa bangsa lain.

Juga supaya dapat mencungkil jati diri orang melayu bahawa mereka tidak sepatutnya merasa kecil diri rendah di hadapan tamaddun orang lain kerana mereka juga dapat bermegah dengan tamaddun sendiri beserta sokongan sejarah yang panjang. Tidak sayugia lah mereka sentiasa mengekor di belakang, sedangkan sebenarnya mereka juga mampu ke hadapan.

Mudah mudahan Perubatan Tradisional Melayu dapat bersama sama menyumbang untuk kesejahteraan kemanusiaan sejagat tanpa mengira darjat keturunan, bangsa, agama dan sempadan geografi.

Untuk itu, dengan lapang dada saya perlukan maklum balas serta komen membina dari tuan puan semua.

Siapa pun anda, sila kunjungi saya di:

http://www.tok-batin.blogspot.com/

Kami menunggu kunjugan anda. Terima kasih, Wassalam.